1. Kerajaan tidak dibenarkan untuk menukar kenderaan rasmi terlampau kerap. Kenderaan rasmi pula perlulah daripada jenama tempatan, terutamanya kereta.
2. Universiti diwajibkan untuk mendemonstrasikan di mana pelajar akan tinggal sebagai prasyarat untuk meningkatkan kadar pengambilan pelajar. Jika di kampus terbabit ada isu kekurangan penempatan, mereka perlu membina penempatan baru sebelum menerima lebih ramai pelajar.
3. Akta Pendanaan Politik di mana parti politik hendaklah mendedahkan jumlah dan pemberi dana mereka.
4. Parti-parti politik diberi peluang sama rata untuk berkempen menggunakan saluran rasmi kerajaan. Misalnya, masing-masing dibenarkan untuk memaparkan iklan di saluran TV RTM.
5. Kerajaan dilarang daripada mengguna atau mempromosikan GenAI.
6. Penggunaan teks alternatif (alt text) perlulah diwajibkan bagi semua saluran rasmi kerajaan.
7. Akaun rasmi bagi jawatan penting seperti akaun rasmi Menteri Pendidikan Tinggi.
8. Pegawai awam dilarang menyekat orang awam di media sosial. Ruangan komen/balasan juga perlulah sentiasa dibuka.
9. Pelebaran skop undi pos dan undi tidak hadir
10. Undang-undang anti-kebencian
11. Pegawai awam dilarang mempunyai banyak jawatan. Misalnya, seseorang itu tidak boleh memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Menteri Besar pada masa yang sama.
12. Berita tidak boleh berada di belakang dinding bayar (paywall).
13. Program Sarapan Percuma
15. Had umur Senator diturunkan daripada 30 kepada 18 tahun.
16.
Refund oleh KTM mestilah dibenarkan dalam bentuk wang dan bukan kredit
².
17. Meghentikan pelaksanaan majlis tidak penting seperti majli pecah tanah, serahan kunci dan sebagainya.
18. Pertimbangkan penghidap COVID berpanjangan buat status OKU
³.
19. Cuti datang bulan berbayar buat pekerja dan cuti datang bulan biasa buat pelajar.
20. Pemberian cuti kesihatan mental buat pekerja dan pelajar.
21. Polisi bekerja secara anjal
22. Penyahmandatorian kawad kaki
23. Akta Kesatuan Mahasiswa
24. Perdana Menteri diundi oleh Parlimen
25. Nasionalisasi perkhidmatan kereta api
26. Cukai mahatinggi untuk golongan mahakaya
27. Hentikan proses meMelayukan perkataan dalam bahasa Inggeris.
28. Hari Kebangsaan adalah pada 16 September. 31 Ogos disambut sebagai Hari Malaya dan Hari Sabah.
29. Mansuhkan Akta Hasutan
30. Hari Malaysia dijadikan Hari Kebangsaan. "Bulan" Kebangsaan akan bermula pada 22 Julai (Hari Sarawak) dan berakhir pada 16 September (Hari Malaysia).
31. Hari Merdeka pada 31 Ogos dikenali sebagai Hari Malaya atau Hari Kemerdekaan/Merdeka Malaya/Persekutuan Tanah Melayu. Bukannya Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan Malaysia.
32. Memansuhkan akta-akta represif tinggalan Inggeris
33. Menyahkan kod pakaian berkiblatkan Barat
34. Parlimen dipindahkan daripada Kuala Lumpur kepada Putrajaya (Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya).
35. Kuala Lumpur tidak lagi menjadi ibu negara dan dikembalikan semula kepada negeri Selangor
⁴.
36. Putrajaya dijadikan ibu negara yang baharu.
37. Pemantapan pengangkutan awam diutamakan berbanding dengan penggalakkan pemilikan kenderaan (kereta) elektrik.
38. Hukuman terhadap pendera (perotan) kanak-kanak.
39. Denda mengikut tangga pendapatan.
40. Gelaran Yang di-Pertua Negara dan bukannya Yang di-Pertua Negeri bagi Kepala Negara Sabah
⁵. Yang di-Pertua Negara Sabah diundi oleh warganegara Sabah
⁶.
41. Gelaran Kepala Negara Sarawak ialah Gabenor.
42. Pindaan undang-undang yang signifikan tidak disekalikan dalam satu rang undang-undang, tetapi diasingkan
⁷.
43. Ibu negara Malaysia dan Malaya terletak di Putrajaya, manakala ibu negara Sabah ialah Kota Kinabalu. Kuching pula diangkat sebagai ibu negara Sarawak.
44. Malaysia diiktiraf sebagai sebuah persekutuan asimetrikal yang terdiri daripada tiga buah negara yang sama rata dari segi taraf Malaya, Sabah dan Sarawak
⁸.
45. Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan Sarawak dinaik taraf sebagai Parlimen.
46. Ketua kerajaan Sabah digelar Perdana Menteri
⁹.
47. Menghentikan sebarang cubaan pembinaan lebuh raya.
48. Melarang kereta bersaiz jumbo
¹⁰ daripada berada di kawasan bandar
¹¹, atau mengenakan cukai jalan pada kadar mahatinggi pagi pemilik kereta mahabesar.
49. Umur minimum untuk berkahwin adalah 18 tahun bagi semua jantina.
50. Hal ehwal Malaya ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan.
51. Jemaah Menteri digantikan dengan Majlis Persekutuan ala Switzerland.
52. Mewajibkan tandas dilengkapi tandas duduk berbanding tandas cangkung.
53. Umur minimum untuk membeli rokok dinaikkan kepada 21 tahun.
54. Pencen bulanan minimum sebanyak RM500 buat warga emas yang tidak menerima sebarang pencen
¹².
55. Sektor-sektor penting akan dinasionalisasikan.
56. Had laju di kawasan berisiko ditetapkan pada 30km/j
¹³.
57. Mewujudkan Mahkamah Perlembagaan. Mahkamah Persekutuan masih merupakan mahkamah tertinggi, diikuti oleh Mahkamah Rayuan. Mahkamah Perlembagaan ialah mahkamah istimewa seperti Mahkamah Khas. Ia setaraf dengan Mahkamah Tinggi.
58. Dewan Negara ditambah baik dengan Senator dipilih melalui pilihan raya yang diadakan serentak dengan pilihan raya Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat aka Ahli Parlimen diundi menggunakan sistem first-past-the-post dan Senator diundi menggunakan sistem perwakilan berkadar.
59. Referendum untuk isu-isu penting.
60. Pemisahan jawatan Peguam Negara dengan Pendakwa Raya dengan pewujudan jawatan Pendakwa Raya yang berasingan.
61. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua.
62. Peruntukan kerajaan bagi pasukan bola sepak tidak melebihi peruntukan swasta.
63. Peruntukan kerajaan tertinggi buat industri e-sukan.
64. Berita e-sukan oleh media arus perdana.
65. Memudahkan kehidupan seharian OKU
¹⁴.
66. 1/3 kerusi Dewan Negara buat Sabah, dan 1/3 kerusi lagi buat Sarawak
¹⁵.
67. Sistem pendidikan tidak berkiblatkan peperiksaan pusat
¹⁶.
68. Kerusi Dewan Rakyat mengikut populasi
¹⁷.
69. Gaji pihak pengurusan diikat dengan gaji pekerja
¹⁸.
70. Ahli Parlimen wajib menghadiri sidang Parlimen. Jika uzur, letak jawatan.
71. Penangguhan bayaran yuran pendaftaran/pengajian/perkhidmatan/penginapan sehingga mendapat penajaan atau sebelum pengumuman keputusan peperiksaan bagi pelajar baharu dan sedia ada.
72. Pendidikan tinggi percuma khususnya buat pelajar dari latar belakang keluarga kurang berkemampuan.
73. Baju batik diiktiraf sebagai pakaian profesional utama dan bukan lagi pakaian sut.
74. Caj rawatan bagi pekerja migran hendaklah sama seperti warganegara. Kos rawatan mereka akan dibiayai oleh Kementerian Kesihatan. Bagi tujuan ini, sebahagian daripada levi pekerja migran hendaklah disalurkan kepada KKM
¹⁹.
75. Mengindekskan gaji minimum kepada inflasi.
76. Mennyahjenayahkan penggunaan dadah.
77. Reformasi sistem pengampunan dengan memindahkan kuasa pengampunan kepada Parlimen.
78. Setiap undian di Parlimen perlulah diluluskan apabila mencapai majoriti 1/2 daripada keseluruhan Ahli Parlimen dan bukannya mereka yang hadir saja.
79. Makan tengah hari percuma buat murid sekolah.
80. Cukai karbon
81. Cukai durian runtuh
82. Cukai golongan mahakaya
83. Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan
84. Tiada lagi sekolah elit.
85. Mewujudkan jawatan pembantu guru.
86. Tiada biasiswa buat orang kaya.
87. Akta Parlimen Berpenggal Tetap. Hari Pilihan Raya Umum ditetapkan pada tarikh tertentu setiap lima tahun. Ia diiktiraf sebagai cuti umum.
88. Debat Calon Majlis Persekutuan
89. Pilihan raya pecat
90. Mengembalikan semula Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
91. Had tempoh jawatan kehakiman.
92. Pengampunan hutang PTPTN bersasar.
93. Polisi imigrasi. Mengintegrasikan imigran dan pelarian ke dalam komuniti. Membantu memenuhi keperluan sumber manusia dalam negara. Deportasi hanya untuk individu dengan rekod jenayah serius dan memberi ancaman keselamatan sebenar. Pelarian dibenarkan bekerja secara sah.
94. Individu tanpa negara dibenarkan untuk bekerja secara sah.
95. Perangkaan polisi berdasarkan data.
96. Istilah Bendahara bagi menggantikan Perdana Menteri
97. Mewajibkan pelabelan hasil janaan AI.
98. Larangan penggunaan AI untuk suara artis.
99. Hukuman buat mereka yang menggunakan suara artis, kemiripan seseorang tanpa kebenaran.
100. Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen
101. Cuti paterniti
102. Mengembalikan semula GST pada kadar 0% bagi barang keperluan asas harian (beras, minyak, gula), dan 3% hingga 10% bagi barangan lain (telefon pintar mewah, barang kemas, alkohol).
103. Gaji maksimum. Gaji eksekutif teratas tidak boleh melebihi 10 kali ganda gaji pertengahan pekerja.
104. Tiada kadar cukai 0% buat cukai golongan kaya.
105. Meningkatkan bajet KKM melebihi 5% daripada KDNK.
106. Undang-undang perlindungan individu tanpa negara
107. Menormalisasikan semula penggunaan faks.
108. Memberikan kerusi roda percuma buat mereka yang memerlukan.
109. Jumlah tanggungan keluarga dan pelbagai faktor lain diambil kira untuk bantuan.
110. Peguam Negara, Pendakwa Raya dan Ketua Setiausaha Negara sebagai ahli ex-officio Parlimen.
111. Tiada lagi Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Pulau Pinang. Jawatan tersebut akaun digantikan oleh seseorang yang memegang jawatan sebagai ketua negeri dan ketua kerajaan negeri pada masa yang sama yang akan digelar sebagai Ketua Eksekutif.
112. Premier, Ketua Menteri, Ketua Eksekutif dan Menteri Besar sebagai ahli ex-officio Parlimen.
113. Tindakan afirmatif berdasarkan keperluan dan bukannya kaum.
114. Setiap negeri dan wilayah berhak mempunyai bahasa rasminya yang tersendiri. Negeri yang mempunyai ramai penduduk Cina wajar menetapkan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi, di samping bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
115. Referendum untuk perjanjian antarabangsa
116. Memperluaskan cakupan undi pos
117. Had umur 65 tahun bagi calon pilihan raya
118. Menggalakkan penubuhan perniagaan koperasi yang membolehkan ahli masyarakat mempunyai kepentingan dan kuasa membuat keputusan.
119. Menyediakan platform dalam talian untuk rakyat memberikan maklum balas tentang dasar dan perkhidmatan kerajaan, memastikan suara mereka didengari.
120. Memperhebatkan kursus Pengajian Malaysia
121. Latihan industri sebagai elektif di universiti
122. Subjek bahasa isyarat dan bahasa minoriti tempatan
123. Pengajian Am sebagai subjek SPM
124. Memandatkan pengeluaran data kerajaan untuk menggalakkan ketelusan dan membolehkan rakyat menjejaki aktiviti dan perbelanjaan kerajaan.
125. Memandatkan semakan kerap undang-undang sedia ada untuk menilai keberkesanannya, membenarkan kemas kini yang diperlukan.
126. Memperluaskan program seperti Ijazah Sarjana Muda Sains Citra.
127. Mengurangkan saiz kelas di sekolah dan universiti untuk meningkatkan pembelajaran peribadi dan penglibatan pelajar..
128. Membangunkan rangka kerja dasar yang komprehensif untuk pembelajaran jarak jauh kecemasan, memastikan kesinambungan pendidikan semasa krisis.
129. Mengiktiraf Sijil Mata Pelajaran Vokasional (SMPV).
130. Mewujudkan perkongsian antara universiti dan industri untuk menawarkan latihan industri berbayar yang mengutamakan pelajar berpendapatan rendah, membantu mereka memperoleh pengalaman kerja tanpa mengorbankan kestabilan kewangan.
131. Memperbaharui sistem jaminan untuk mengelakkan individu berpendapatan rendah daripada ditahan secara tidak adil semasa menunggu perbicaraan kerana ketidakmampuan mereka untuk membayar, memberi tumpuan kepada pendekatan penilaian risiko yang lebih adil.
132. Mendekriminalisasikan kesalahan kecil seperti kes curi kecil atau pemilikan dadah dalam kuantiti yang sedikit, memberi tumpuan kepada pemulihan dan bukannya hukuman untuk jenayah tanpa kekerasan.
133. Bank susu ibu
134. Menggalakkan pengeluaran dan penggunaan makanan tempatan melalui inisiatif kedaulatan makanan, mengurangkan pergantungan kepada import dan meningkatkan sistem makanan tempatan.
135. Menginstitusikan proses perundingan awam untuk pembaharuan dasar yang penting, membenarkan rakyat, NGO dan ahli akademik menyumbang maklum balas sebelum undang-undang baharu diluluskan.
136. Individu tanpa negara dibenarkan untuk belajar di sekolah dan universiti.
137. Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi selain bahasa Melayu.
138. Bahasa Melayu kekal bahasa kebangsaan.
139. Pendidikan rendah dalam bahasa ibunda masing-masing.
140. Subjek penting mula diajar dalam dwibahasa mulai sekolah menengah.
141. Universiti awam dan swasta mengutamakan bahasa Inggeris.
142. Pelajar perlu mempelajari bahasa antarabangsa (Inggeris), kebangsaan (Melayu) dan ibunda (Cina, Tamil dan lain-lain). Bagi pelajar Melayu, mereka boleh mengambil dua subjek bahasa sahaja, namun bebas memilih untuk mengambil subjek bahasa minoriti Malaysia.
143. Sejarah hitam Orang Asli diajar di sekolah.
144. Rombakan besar-besaran silibus Sejarah.
145. Kamus Beka Melayu
146. Mewujudkan kategori bahasa diiktiraf (Cina, Tamil dan lain-lain) serta bahasa dilindungi (bahasa minoriti).
147. Menggiatkan penterjemahan karya bahasa asing kepada bahasa Melayu.
148. Jawi dijadikan skrip Melayu kebangsaan dan diiktiraf.
149. Bahasa isyarat sebagai bahasa ketiga (bagi murid Melayu) atau bahasa keempat (bagi murid bukan Melayu).
150. Menawarkan kelas dalam bahasa minoriti di sekolah kebangsaan bagi mengalakkan kemasukan pelajar bukan Melayu.
151. Sekolah vernakular boleh dihapuskan dengan syarat bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan.
152. Para doktor wajib mengambil kursus berkaitan pembuatan polisi awam.
153. Subsidi yuran pengajian tinggi ditarik semula dan disalurkan secara bersasar kepada mereka yang benar-benar layak dalam bentuk biasiswa.
154. Pelajar mahakaya dikehendaki membayar yuran pengajian penuh.
155. Ketua negara yang diundi secara popular
156. Ketua negara Sabah dan Sarawak layak menjadi Yang di-Pertuan Agong, namun dengan gelaran Rajah.
157. Islam dijadikan agama rasmi di peringkat negeri-negeri sahaja, dengan pengecualian Negara Sarawak dan Sabah, serta Negeri Melaka dan Pulau Pinang. Tiada agama rasmi bagi Persekutuan.
158. Kebebasan beragama bagi Muslim juga.
159. Tiada dana Persekutuan buat mana-mana agama.
160. Penetapan maksud Malaysia dari segi undang-undang supaya tiada orang yang mengatakan bahawa Malaysia = Tanah orang Melayu.
161. Penekanan kepentingan sah kaum-kaum lain.
162. Pengiktirafan bahasa minoriti sebagai bahasa kedua.
163. Mewujudkan semula Malaya sebagai unit politik.
164. Malaysia terdiri daripada 3 unit politik—Malaya, Sabah dan Sarawak.
165. Sabah dan Sarawak diberikan autonomi yang banyak dan tinggi. Dengan ini, kurang keperluan untuk mereka mempunyai perwakilan yang terlampau ramai dalam Parlimen.
166. Kategori bahasa pribumi dan wilayah.
167. Tiada lagi kursus bahasa di universiti
168. Kursus bahasa isyarat di universiti
169. Latihan industri mikro
170. Meratifikasikan perjanjian antarabangsa teras berkaitan hak asasi manusia.
171. Mengharamkan penswastaan sektor penting seperti kesihatan, pendidikan, utiliti dan perkhidmatan kecemasan.
172. Mengalakkan wacana isu semasa di universiti.
173. Tiada lagi kedudukan istimewa bagi bangsa tertentu, memandangkan kesukaran menentukan status bangsa seseorang, selain untuk mengelakkan penyalahgunaan kedudukan oleh elit bangsa.
174. Kuota buat mereka yang memerlukan.
175. Semua bangsa adalah sama rata.
176. Menyokong usaha mengilangkan Lenacapavir secara generik.
177. Menjenayahkan secondhand smoke.
178. Merokok sebagai suatu kesalahan syariah.
179. Memantapkan Program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG)
180. Menerima pakai pendapatan boleh guna isi rumah per kapita sebagai pendapatan bagi kelayakan mendapatkan penajaan atau bantuan kerajaan. Ini mengambil kira pendapatan boleh guna, selain tanggungan keluarga.
181. Menyediakan pinjaman pendidikan boleh ubah (PPBU) buat mereka yang ingin mengambil Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).
182. Mengiktiraf bangsa seperti Chetti dan Baba Nyonya.
183. Yuran pelajar kaya tidak disubsidi.
184. Tiada yuran semasa latihan industri.
185. Pinjaman mikro boleh ubah buat pelajar latihan industri.
186. Mengiktiraf kepentingan pelajar aliran Sastera dan Vokasional.
187. Memperbanyakkan penajaan dalam bidang sains sosial.
188. Sijil Kemahiran Malaysia buat pemegang SMPV.
189. Mengambil kira bukan sahaja bilangan A bagi penajaan, tapi potensi pelajar.
190. Penajaan bagi program pendidikan.
191. Tiada halangan bagi penyakit kronik untuk menerima penajaan. Kebolehan pesakit untuk menamatkan pengajian ditentukan oleh doktor.
192. Akta Penggal Tetap Parlimen
193. Mewajibkan pemberian kewarganegaraan kepada mereka yang lahir di Malaysia yang jika tidak diberikan, akan menjadi individu tanpa negara. Misalnya, anak kepada dua orang individu tanpa negara yang lahir di Malaysia akan diberikan kewarganegaraan secara automatik.
194. Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah bagi golongan B40 dari segi pendapatan boleh guna per kapita.
195. Kewarganegaraan buat anak angkat.
196. Memerangi perkahwinan bawah umur.
197. Suruhanjaya Kesihatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan
198. Mewujudkan jawatan pembantu guru.
199. Mengampunkan hutang PTPTN secara bersasar.
200. IPCMC
201. Pembinaan lebih banyak hospital seperti Hospital Bahagia
202. Feri Malaysia
203. Bahasa ketiga mulai
204. BI SPM digantikan dengan MUET
205. Cukai warisan
206. Bantuan kerajaan diselaraskan dengan label pindahan tunai
207. Kereta Api Berkelajuan Tinggi Singapura-KL-Bangkok
208. Pilihan raya bagi majoriti Ahli Majlis PBT.
209. SJK (Inggeris). Projek rintis di Sabah dan Sarawak.
210. Program Anak Angkat
211. ASWARA → Universiti P. Ramlee
212. Bantuan komputer riba buat mahasiswa
213. Peguam Negara sebagai Menteri dan penasihat undang-undang kerajaan.
214. Memberi ruang kepada semua parti berdaftar yang akan bertanding dalam pilihan raya umum untuk bersiaran dalam saluran TV dan radio kendalian RTM, serta memastikan liputan pilihan raya oleh RTM adalah adil dan saksama.
215. Parti-parti politik yang layak akan menerima pembiayaan tahunan daripada
kerajaan.
216. Tiada lagi PLKN.
217. Program pertukaran pelajar ke Malaysia Timur.
218. Menuntut bayaran hutang iklim daripada negara kaya.
219. Meneroka model baharu Sekolah Wawasan
220. Meneroka dinar emas dan perak
221. Cukai pendapatan tinggi buat orang kaya untuk mendanai usaha ke arah pendidikan tinggi percuma.
222. Mendedahkan sejarah yang diselindung
²⁰.
223. KWSP, bukan pencen, bagi ahli politik.
224. Pindahan tunai bersyarat dan tanpa syarat.
225. Baucar buku
226. Manfaat OKU turut dinikmati oleh warga emas.
227. Diskaun pengangkutan awam buat murid/pelajar/mahasiswa.
228. Menghapuskan majlis tidak perlu seperti majlis pecah tanah.
229. Labuan dikembalikan kepada Sabah melalui referendum.
230. Orang Asli mempunyai kerusi tetap dalam Majlis Persekutuan.
231. Memasukkan peruntukan berkenaan hak kepada pendidikan dan kesihatan dalam perlembagaan untuk menjamin semua penduduk Malaysia mendapat hak tersebut, dan untuk menghalang usaha penswastaan sektor berkaitan.
232. Speaker's Corner
233. Menyelesaikan isu penukaran agama kanak-kanak dan Orang Asli.
234. Memberikan SUHAKAM kuasa untuk mengenakan penalti ke atas pelanggar hak asasi manusia.
235. Hak kepada persekitaran sihat dalam perlembagaan.
236. Kod Etika Ahli Politik
237. Pilihan raya pecat
238. Ahli Parlimen dibenarkan untuk mengusulkan RUU persendirian.
239. Laporan tahunan mengenai pelaksanaan manifesto.
240. Setiap isu wajib diundi melalui undi terbuka dan pilihan Ahli Parlimen adalah awam.
241. Pendengaran awam yang disiarkan secara langsung bagi kes-kes berprofil tinggi.
242. Undang-undang anti-SLAPP.
243. Sistem juri dengan keputusan yang tidak mengikat. Sekadar rekomendasi.
244. Pendidikan undang-undang asas buat rakyat.
245. Lembaga Belas Kasihan (Pengampunan) yang bebas dari pengaruh eksekutif. Tiada lagi pengampunan diraja.
246. Hukuman sivil setara dengan hukuman syariah, begitu juga sebaliknya bagi mengelakkan layanan berbeza antara mereka yang berbeza agama.
247. Semua bangunan wajib boleh diakses oleh OKU. Lif wajib ada.
248. Cuti hujung minggu pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad.
249. Perkhidmatan kesihatan percuma di institusi kesihatan awam buat pemegang kad pelajar.
250. Memansuhkan hukuman sebat.
251. Memansuhkan hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah.
252. Fatwa yang mengikat perlulah melalui proses perundangan.
253. Tiada lagi seni bina anti-gelandangan.
254. Meminda Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
255. Subsidi pendidikan dan kesihatan buat golongan kaya diteruskan, tetapi kadar cukai bagi golongan ini ditingkatkan, dan jenis cukai buat mereka diperbanyakkan.
256. Semua parti politik wajib meletakkan sekurang-kurangnya 30% calon wanita dalam pilihan raya di peringkat negeri dan persekutuan.
257. Mewajibkan majikan mendedahkan nisbah gaji antara pengurusan eksekutif tertinggi dan pekerja terendah.
258. Menjadikan marital r*pe suatu jenayah.
259. Golongan wanita dilibatkan dalam proses pembuatan fatwa.
260. Menggerakkan usaha penterjemahan buku dalam bahasa asing ke bahasa Melayu.
261. Pihak universiti wajib menyediakan elaun jika mahu mewajibkan latihan industri.
262. Tiada lagi uniform sekolah, hanya kod pakaian.
263. Mewajibkan pemberian gaji bulan ke-13 atau pembayaran upah setiap 2 minggu sekali.
264. Menu Siswa Rahmah dan Menu Rahmah diperluaskan.
265. Laluan pejalan kaki berbumbung dengan tempat duduk di sepanjang laluan.
266. Ahli Majlis Persekutuan Malaysia diundi secara undi popular terus. 7 atau lebih calon dengan undi terbanyak akan membentuk Majlis Persekutuan.
267. Setiap kerusi diagihkan kepada parti politik mengikut peratusan undi yang diterima.
268. Ranked-choice voting (RCV) atau single transferable vote (STV) bagi pemilihan ahli Majlis Persekutuan.
269. Perundangan gaji hidup (living wage).
270. Alat sokongan (cermin mata, alat pendengaran, kerusi roda dll.) percuma.
271. Kelas keibubapaan
272. Subsidi telefon pintar buat golongan kurang berkemampuan
273. Sesi pekerjaan dan persekolahan bermula lebih lewat.
274. Menjenayahkan riba
275. Program Dermasiswa B40 dirombak dengan diperluaskan kepada golongan kurang berkemampuan yang lain. Penajaan juga akan merangkumi pelajar Ijazah Sarjana Muda. Keutamaan diberikan kepada bidang yang kurang mendapat tajaan seperti sains sosial, pendidikan dan TVET.
276. Mereka yang mempunyai penyakit hanya perlu disahkan sihat untuk meneruskan pengajian untuk layak menerima penajaan.
277. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) diperluaskan untuk melatih guru sekolah menengah dan Kolej Tingkatan Enam.
278. Penajaan bagi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).
279. Tempoh jawatan YDPA dipanjangkan kepada 7 tahun.
280. Sektor-sektor penting akan dimiliknegarakan semula sekiranya mereka gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat. Pampasan akan diberikan bergantung kepada keadaan.
281. Ahli institusi diraja yang menerima pendapatan dari dana awam tidak dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam perniagaan.
282. EIA terperinci sebelum projek penggondolan hutan atau kuari.
283. Cuti paterniti dan materniti yang sama rata. Tempoh cuti adalah bersesuaian dan jika hendak tempoh cuti lebih, sama ada bekerja dari rumah atau cuti tanpa gaji.
284. Keretapi Borneo Utara
285. Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi
286. UPSR dan PT3 dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) jika dikembalikan. Formatnya diubah suai untuk menyerupai pendekatan modular seperti STPM.
287. Membina lebih banyak universiti awam yang komprehensif.
288. Universiti wakaf.
289. Pemberian autonomi kepada setiap kampus UiTM.
290. CGPA, bukan gred untuk peperiksaan sedari awal zaman persekolahan.
291. Peer assessment sebagai salah satu bentuk penilaian
292. Penambahbaikan DidikTV
293. LRT bertingkat Pulau Pinang
294. BRT di bandar-bandar utama dan besar
295. Majlis Keharmonian Negara yang terdiri daripada wakil-wakil golongan minoriti seperti orang Cina, orang India, Orang Asli, wanita, OKU, pelarian, individu tidak bernegara, orang luar bandar, individu berdarah kacukan. Wakil boleh terdiri daripada seorang individu mahupun secara berkadar mengikut nisbah populasi masyarakat minoriti tersebut.
296. Peguam Negara merupakan ahli Jemaah Menteri sebagai Menteri Undang-undang.
297. ASEAN menjadi Kesatuan Asia Tenggara atau Southeast Asian Union (SEAU)
298. Dasar Nasionalisasi Negara
299. Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara sebagai ahli Jemaah Menteri secara ex-officio.
300. Presiden Majlis Persekutuan Malaysia digelar Bendahara Malaysia.
311. Ketua Polis Negara digelar Temenggung.
312. Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi isu ketiadawarganegaraan.
313. Suruhanjaya Media
314. Majoriti 2/3 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu boleh mengatasi kuasa veto Majlis Keselamatan PBB.
315. Sistem pengundian elektronik di Parlimen
316. Kondom percuma
317. Rumah kedai era Kesultanan Melayu Melaka
318. Menjenayahkan Female Genital Mutilation (FGM)
319. Pendidikan pra-sekolah diwajibkan
320. Subsidi lesen kereta dan motosikal
321. Penanaman semula paya bakau
322. Kod pakaian Barat didenormalisasikan
323. Mengehadkan pembinaan masjid. Wang sumbangan pembinaan masjid disalurkan semula untuk pembinaan infrastruktur awam.
324. Portfolio Menteri di JPM (Undang-undang dan Reformasi Institusi) digantikan dengan portfolio Menteri Undang-undang merangkap Peguam Negara.
325. Hal ehwal agama Islam ditadbir sendiri oleh orang Islam tanpa melibatkan dana daripada Kerajaan Persekutuan. Portfolio Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dimansuhkan.
326. Tiada lagi Menteri Tugas-tugas Khas dan Menteri tanpa Portfolio
327. Pelantikan Menteri wajib melalui Parlimen
328. Kerabat diraja yang menerima saraan daripada kerajaan tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan yang baginya ada apa-apa saraan. Jika mereka degil, mereka tidak akan menerima sebarang saraan daripada kerajaan dan hendaklah terhenti daripada menjadi kerabat diraja.
329. Kewarganegaraan ASEAN
330. Parlimen ASEAN
331. Bank Pusat ASEAN
332. Pengharaman bentuk denda sekolah melampau
333. Perundangan bahasa mudah
334. Undang-undang Romeo dan Juliet yang tidak mendefinisikan hubungan antara mereka yang bawah umur dengan yang lebih tuanamun tidak melebihi 3 tahun senggang umur dibenarkan dari segi undang-undang. Misalnya, individu berumur 16 tahun dengan individu yang berumur 19 tahun boleh mempunyai hubungan tanpa dikira sebagai r*gol statutori.
335. Dekriminalisasi kerja s*ks.
336. Undang-undang Megan. Daftar Maklumat Penjenayah S*ks
337. Undang-undang Clare. Membenarkan seseorang untuk menyemak sama ada bakal pasangan mereka merupakan pendera atau tidak.
338. Kadar cukai pendapatan minimum 2.5%
339. Diyya (duit darah) bagi menggantikan hukuman mati
340. Memandatkan undi belah bahagian bagi semua urusan Parlimen.
341. Bahasa Melayu > Bahasa Malaysia
342. Ahli Majlis Persekutuan dipanggil "Ahli."
343. Baba dan Nyonya, Chetti dan kaum lain diiktiraf sebagai bangsa barbanding "Lain-lain."
344. Pewujudan Mahkamah Bumiputera
345. Hukuman sebat di khalayak ramai dimansuhkan.
346. Undang-undang pengecas sejagat
347. LRT Ipoh
348. Haiwan khidmat
349. Sistem pembayaran tol tanpa palang.
350. Tiada lagi undian secara "bloc" di Parlimen.
351. Yang di-Pertua Dewan Rakyat hanya boleh dicalonkan oleh pihak pembangkang.
352. Pertunjukan dron bagi menggantikan bunga api.
353. Tiada pembangunan di habitat haiwan liar tanpa pelan pemindahan.
354. Koridor hidupan liar
²¹
355. Pendidikan mengenali propaganda dan berita palsu
²²
356. "
Confirmation hearing" bagi jawatan utama dalam kerajaan disiarkan secara langsung
²³.
357. Tambah nilai TnG secara atas talian
358. Ahli politik tidak dibenarkan untuk memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah universiti.
359. Pilihan raya pecat
360. Pendakwa Raya melaporkan kepada Parlimen
361. Penubuhan Pejabat Pendakwaan Awam dan pelantikan Pengarah Pendakwaan Awam.
362. Suruhanjaya Pendakwaan Awam
363. Mewajibkan pengisytiharan konflik kepentingan. Kegagalan akan membawa kepada hukuman.
364. Pemotongan gaji automatik dan mandatori bagi tujuan nafkah
365. Daftar Perkahwinan yang terbuka buat orang awam untuk mengelakkan skandal
366. Pemansuhan JAKIM yang redundant dengan JAIN.
367. Penubuhan Badan Pensijilan Halal swasta bagi menggantikan fungsi JAKIM
368. Tiada lagi bajet bagi tujuan keagamaan, kecuali datang daripada wang umat Islam atau penganut agama lain sendiri.
369. Kadar tambang maksimum e-hailing semasa waktu puncak
370. Memandatkan justifikasi kenaikan tambang seperti keadaan cuaca mahupun waktu puncak
371. Mengisytiharkan darurat iklim
372. Akaun simpanan kanak-kanak sejagat dengan sumbangan daripada kerajaan
373. Sistem kredit sosial
374. Nasionalisasi bangunan kosong
375. Menukar pusat beli-belah terbiar kepada kawasan perumahan untuk gelandangan
376. Dana Bantuan Kemanusiaan
377. Tabung Pembaikan Iklim Antarabangsa
378. Syarikat-syarikat multinasional diiktiraf sebagai "negara"
379. Sistem Pelindung Awam
380. Pelajar ditawarkan pelbagai universiti jika layak apabila memohon UPU dan berhak memilih yang mereka minat
381. Polisi 1 pensyarah untuk setiap 30 orang mahasiswa
382. Permohonan melalui UPU dua kali setahun
383. Elaun kepada pelajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV).
384. Elaun bulanan buat mahasiswa memerlukan
385. Penggunaan AI untuk mencadangkan kursus sesuai buat pelajar
386. Pewujudan e-portfolio ala-ala LinkedIn secara automatik sejak zaman sekolah untuk permohonan melalui UPU dan permohonan pekerjaan. Menyenaraikan program dan aktiviti yang disertai secara automatik.
387. Tiada lagi peraturan universiti yang tidak masuk dek akal seperti larangan berambut panjang
388. Padang golf dijadikan taman awam
389. Tiada lagi pembinaan masjid baru tanpa kajian untuk mengelakkan masjid terbiar selain pembaziran sumber
390. Makanan boleh dimakan dilarang daripada dibuang.
391. Pemprosesan semula lebihan makanan, seperti roti menjadi serbuk roti, dan sayur layu menjadi baja.
392. Had umur minimum berkhatan ialah 16-18 tahun.
393. Khatan kanak-kanak tanpa keperluan kesihatan mendesak atau kebenaran kanak-kanak dijenayahkan sebagai penderaan.
394. Memansuhkan SOSMA.
395. Congestion pricing
396. Tiada lagi penamaan tempat seperti hospital atau jalan raya sempena mana-mana individu.
397. Dana Pembangunan Mampan yang disumbangkan oleh negara-negara yang mendapat manfaat daripada kolonialisme seperti United Kingdom.
398. Penukaran nama tempat-tempat yang bernama kolonial kepada nama tempatan.
399. Penstrukturan semula kurikulum sejarah khususnya yang mengagung-agungkan penjajah dan menampakkan pejuang kemerdekaan sebagai penjahat.
400. Tindakan undang-undang terhadap bekas penjajah.
401. Laut China Selatan dinamakan semula sebagai Laut Asia Tenggara.
402. Tiada lagi perkataan bahasa Inggeris yang diMelayukan kecuali benar-benar perlu.
403. Tiada lagi pemolisan moral
404. Sistem rating makanan bazar Ramadan. Vendor dengan penilaian rendah dilarang berniaga.
405. Undang-undang kecil mewajibkan penyediaan stesen pengecasan
406. Polisi berkaitan USB Type-C seperti Kesatuan Eropah.
407. Air minuman pancut percuma di kawasan awam
408. Memansuhkan hukuman rotan di sekolah
409. RCI Kematian dalam Tahanan
410. Hak menukar agama
411. Menubuhkan Pejabat Belanjawan Parlimen
412. Memandatkan pra-pegun sebelum penyembelihan
413. Menjenayahkan pemakanan paksa ke atas haiwan
414. Kad Pengenalan untuk haiwan peliharaan
415. Melarang penjualan haiwan peliharaan bagi tujuan komersial
416. Kempen "Adopt, Don't Shop"
417. Suruhanjaya Kebajikan Haiwan
418. Skim Insurans Haiwan Peliharaan
419. Menjenayahkan pewarnaan haiwan
420. Tribunal Hak Asasi Haiwan
421. Mengiktiraf hak haiwan dalam Perlembagaan Persekutuan
422. Syarat ruang minimum bagi penempatan haiwan
423. Mempromosikan daging buatan makmal dan berasaskan tumbuh-tumbuhan.
424. Penarikan semula gelaran mereka yang korup
425. Tiada lagi sistem gelaran kehormat
426. Kontrak sosial untuk Raja-raja Melayu
427. Tiada lagi penggunaan gelaran kehormat dalam dokumen rasmi kerajaan
428. Tiada lagi kata-kata aluan panjang berjela.
429. Pejabat Belanjawan Parlimen
430. Larangan pengiklanan makanan ringan/segera kepada kanak-kanak.
431. Kempen mangkuk tingkat
432. Peluasan jaringan beca di Bukit Bintang
433. Jawatankuasa Pemantauan Manifesto di peringkat Parlimen
434. Tiada lagi majlis pelancaran oleh VIP bagi inisiatif kecil. Cukup hanya pengumuman di media sosial. Tiada lagi banner muka VIP, tiada lagi plakad kunci, sumbangan.
435. Mewajibkan para majikan menyediakan buku berkenaan hak pekerja untuk diberikan kepada mereka
436. Mewajibkan pemaju membinan pejalan kaki selebar sekurang-kurangnya lima kaki berbumbung dan bebas halangan yang terhubung dengan stesen bas.
437. Program Pertukaran Pelajar SJK dan SK
438. Sistem "Public Defender" untuk mereka yang tiada peguam
439. Proses soal siasat polis wajib dirakam dan disaksikan oleh peguam
440. Laporan audit forensik Sapura Energy dibentangkan kepada Parlimen dan diterbitkan kepada orang awam
441. Memiliknegarakan Sapura Energy
442. Sebarang bailout perlu melalui Parlimen. Jika memerlukan kelulusan segera, kelulusan sekurang-kurangnya oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah diperlukan.
443. Syarikat yang memohon bailout perlulah hadir ke Parlimen atau sesi pendengaran awam yang disiarkan secara langsung untuk menjawab soalan.
444. Tiada lagi hak penamaan korporat.
445. Skim Jaminan Pendapatan Asas (UBI) bagi suri rumah.
446. Sejumlah elektrik dan air secara percuma kepada isi rumah berdasarkan saiz.
447. Elaun Sara Hidup buat mahasiswa miskin
448. Kerja domestik tidak berbayar dimasukkan dalam indikator ekonomi.
449. Program Perumahan Kongsi dengan perkongsian ruang dapur, penjagaan anak dan dobi.
450. Subsidi PrEP dan ART.
451. Penjara dinamakan semula sebagai pusat rehabilitasi
452. Internet asas percuma 50GB sebulan
453. Meminda Kanun Keseksaan untuk menjenayahkan r*gol terhadap semua jantina.
454. Mengiktiraf semua bentuk p*netrasi (mulut, d*bur, z*kar, f*raj, p*netrasi kendiri secara paksaan) tanpa kebenaran dengan mana-mana bahagian badan atau objek sebagai r*gol.
455. Mengiktiraf r*gol melalui proksi sebagai jenayah.
456. Mewujudkan persekitaran sesuai untuk individu buta warna memandu dan bukannya melarang mereka daripada memandu secara terus.
457. Mengehadkan pendaftaran nama kanak-kanak kepada maksimum 2 patah perkataan
458. Hak untuk menukar nama secara mudah