2. Berselindung di sebalik hujah bahawa golongan mahakaya tidak layak menikmati subsidi untuk mempertahankan dasar "T15" tetapi tidak mahu mengenakan lebih banyak jenis dan lebih tinggi kadar cukai buat golongan sama.
3. Kononnya jaguh berkenaan isu P*lestin tetapi masih tidak meratifikasi Konvensyen Pelarian.
4. Menggalakkan mahasiswa bersuara tetapi mengintimidasi mereka yang berbuat demikian.
5. Berjanji untuk memansuhkan akta-akta tertentu, tetapi kini hanya mahu memindanya sahaja.
6. Memperlekehkan kawasan Ahli Parlimen pembangkang sebagai tidak maju tetapi enggan merealisasikan janji berkaitan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF).
7. Sembang memartabatkan bahasa Melayu tapi gemar menggunakan perkataan daripada bahasa Indonesia.
Senarai Isu-isu Regresif yang Membayangi Reformasi
1. Penganugerahan projek rangkaian 5G kepada U Mobile di mana YDPA merupakan pemegang saham.
2. Tiada usaha menambah baik kelompongan sistem pengampunan.
3. Tiada inisiatif untuk merangka polisi yang melarang mereka yang terpalit dengan kes rasuah daripada memegang apa-apa jawatan sehingga dibersihkan nama mereka.
4. Berselindung di sebalik hujah Perdana Menteri tidak boleh masuk campur urusan AGC walaupun berniat baik kerana akan kelihatan ironi tetapi mengaku membantu mempercepatkan proses permohonan pengampunan Najib Razak dan mempertahankan pengurangan hukumannya.
5. Pemimpin parti pembangkang dan yang tertentu diminta untuk mengisytiharkan aset tetapi tiada reformasi undang-undang berkaitan.
6. Pelantikan pemimpin politik memegang jawatan dalam GLC/GLIC yang sebelum ini dibantah kini dijustifikasikan atas dasar kelayakan.
7. Mempertahankan tindakan afirmatif berdasarkan bangsa untuk mengekalkan undi.