Sunday, 4 January 2026

DAPUR SISWA AND THE POLITICS OF OPTICS

Student hunger in Malaysia is real. Anyone who has spent time in public universities knows this. Skipped meals, instant noodles stretched for days, and students quietly calculating whether to eat or top up transport. Against this backdrop, across Malaysian university campuses, initiatives like Dapur Siswa and student food pantries are increasingly promoted as signs of institutional care. 

But good intentions do not automatically make good policy.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) recently announced plans to expand its Dapur Siswa to all residential colleges, presenting it as a “long‑term investment” in student welfare. Yet, there’s something deeply telling about how these programs are discussed, and what is never discussed.

At first glance, student food support initiatives may look compassionate. They show that universities recognise students face food insecurity. But it is precisely here, at the intersection of recognition and action, that the deeper issue surfaces: none of these initiatives confront the structural reasons students lack food security in the first place. They wrap basic survival in the language of “compassion” and “inclusivity,” but they consistently fail to ask the fundamental question:

Why are students vulnerable to hunger while enrolled full‑time at institutions built to educate them?

The answer lies not in student behaviour, but in policy and design. 

If thousands of students consistently require free food to survive university life, the problem is not the absence of kitchens. The problem is that higher education has been made unaffordable while pretending to be accessible.

Rising hidden university fees, commercialised campus services, limited affordable food options, cramped schedules, inadequate financial assistance, and accommodation policies that don’t guarantee cost‑of‑living coverage all contribute to student economic precarity. These problems are structural, not incidental. Initiatives like Dapur Siswa do not dismantle them; they accommodate them.

Instead of tackling price inflation, subsidy gaps, or living cost coverage, the narrative shifts to food kitchens and pantries as solutions. Prominent framing like “strategic locations” and “24‑hour access” underscores logistics, not justice. What’s missing is any commitment to reducing the need for these services, or accountability for why the need exists.

This pattern creates what political scientists call optics policy, which refers to interventions designed for visibility and moral legitimacy but not for structural transformation. When a university can claim “we now have a food pantry” or “our Dapur Siswa runs all day,” it gains positive PR without being forced to address the drivers of the problem. The media narrative becomes one of institutional care, rather than institutional failure.

Moreover, these programs often come with hidden emotional costs for students. Using them can feel like publicly admitting hardship. There’s a social stigma attached, and students with precarious schedules, part‑time jobs, or mobility issues might not be able to benefit. However, they are silently blamed for not doing so. This dynamic shifts responsibility away from the institution and onto the students themselves, which is deeply unjust.

Defending these initiatives as inherently good without demanding that the conditions necessitating them be addressed means defending power, not students. When policymakers and university administrators promote these programs without coupling them with structural reform like stable financial aid, affordable housing policies, price controls on campus services, or guaranteed cost‑of‑living stipends, they sanitise the public image of student hardship rather than solve it.

Perhaps the most troubling aspect is how these initiatives risk normalising student poverty.
When free food kitchens become institutionalised, hunger stops being an emergency and starts being an expectation. The implicit message is: “Yes, university life is hard, here is soup.” Not: “University life should not make you hungry in the first place.”
This mirrors food banks elsewhere: once embedded, they become substitutes for proper social policy rather than temporary relief.

We should support efforts to alleviate suffering in the short term, yes. No one should go hungry. But that is not enough. Real change requires confronting why students ever needed these kitchens in the first place. Why is food insecurity a persistent issue even as campuses boast “inclusive care”? Why are students still struggling despite these interventions? Without addressing these root causes, initiatives like Dapur Siswa are band‑aids for wounds caused by the institutions themselves.

To truly advance student welfare, Malaysian universities must do more than serve food. They must restructure funding, pricing, and policy frameworks that produce vulnerability. Anything less is just optics and a way of appearing humane while preserving the very system that makes hunger necessary.

Dapur Siswa is not evil. It is not useless. But it is deeply insufficient, and dangerously comforting.

It allow institutions to feel moral without being transformative, caring without being courageous. As long as student hunger is addressed primarily through kitchens and charity, Malaysia’s higher education system will continue to fail the very students it claims to uplift.

Feeding students is good.
Ensuring students never need charity to survive education is better.

And until we choose the second path, Dapur Siswa will remain less a solution, and more a mirror reflecting our unwillingness to confront the roots of student poverty.

Friday, 2 January 2026

UKM PERLU BERHENTI MENJADIKAN PENGINAPAN PELAJAR SEBAGAI SUMBER KEUNTUNGAN



 “IPTA sifatnya bukan berniaga.”


Itu merupakan kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir apabila Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya tiga (3) buah universiti awam (UA) mengalami “kerugian” selama tiga tahun berturut-turut. Namun begitu, kenyataan ini jelas tidak selari dengan realiti yang berlaku di lapangan. Hari ini, banyak universiti awam beroperasi dengan dua matlamat yang saling bercanggah: menyediakan akses pendidikan kepada rakyat, dan pada masa yang sama menjana keuntungan seperti sebuah entiti korporat.


Percanggahan ini dapat dilihat dengan jelas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Universiti yang sepatutnya berperanan menyediakan akses pendidikan tinggi, khususnya kepada pelajar daripada latar belakang miskin dan kelas pekerja, kini secara sistematik mengehadkan akses tersebut melalui dasar penginapan yang bersifat komersial. Pelajar dikenakan kadar sewa yang tinggi untuk penginapan luar, sementara beberapa blok kolej kediaman dalam kampus pula diswastakan.


Penginapan luar ini diuruskan oleh UKM Real Estate Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat di bawah UKM Holdings Sdn. Bhd. Jika dirujuk kepada laman web rasmi syarikat berkenaan, dinyatakan secara jelas bahawa entiti ini ditubuhkan bagi tujuan penjanaan keuntungan. Hakikat ini bukan sahaja bercanggah dengan kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, malah menimbulkan konflik kepentingan yang serius dalam pengurusan universiti awam.


Di satu sisi, UKM sebagai institusi awam mempunyai tanggungjawab menyediakan kolej kediaman yang mencukupi demi kebajikan pelajar. Namun di sisi lain, melalui anak syarikatnya sendiri, universiti memperoleh keuntungan apabila pelajar gagal mendapat tempat di kolej dan terpaksa menyewa di luar pada kadar yang tinggi. Semakin sempit akses kolej, semakin besar potensi keuntungan. Ini merupakan konflik kepentingan yang tidak sepatutnya wujud dalam sebuah institusi awam.


Baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan satu inisiatif unit sewa untuk belia bekerja di Kuala Lumpur, dengan kadar sewa yang relatif rendah di kawasan bandar. Jika belia bekerja pun “dilindungi” daripada sewa melampau, apakah kewajarannya mahasiswa yang merupakan golongan yang belum berpendapatan tetap, dikenakan sewa sehingga RM680 sebulan (kadar sewa penginapan luar UKM)?


Ini bukan soal fasiliti premium atau bilik mewah. Bagi pelajar yang terdesak, bilik tanpa pendingin hawa pun sudah memadai. Yang dituntut ialah penginapan yang mampu dibayar, selamat, dan berdekatan dengan kampus agar proses pembelajaran mereka tidak terganggu. Penekanan seharusnya pada aksesibiliti, keselamatan, dan kebajikan pelajar, bukan pada penampilan mewah atau simbol status yang menarik pujian netizen dan wang ringgit tetapi tidak menyelesaikan masalah sebenar.


Masalah ini diburukkan lagi oleh kewujudan sistem merit kolej di UKM. Sistem ini menyingkirkan pelajar miskin daripada kolej kediaman atas alasan “tidak cukup merit,” lalu memaksa mereka menyewa di luar pada harga yang jauh lebih mahal. 


Penyokong sistem ini sering berhujah bahawa pelajar perlu menunjukkan “usaha” untuk layak tinggal di kolej. Di bawah logik ini, kegagalan universiti menyediakan kolej yang mencukupi tidak dianggap sebagai kegagalan institusi, sebaliknya dialihkan menjadi “kegagalan individu pelajar.” Sistem merit “ditunggang” sebagai alat ideologi untuk menyembunyikan kegagalan struktur. Ia berfungsi sama seperti ideologi meritokrasi dalam kapitalisme: yang miskin disalahkan kerana tidak cukup “berusaha,” sementara ketidakcukupan sistem tidak pernah dipersoalkan.


Hakikatnya, pelajar yang berusaha secara konsisten dan memperoleh merit sebanyak puluhan mata juga tetap gagal mendapat tempat di kolej, bukan kerana kurangnya merit, tetapi kerana kegagalan pihak pengurusan universiti menyediakan kapasiti penginapan yang mencukupi. 


Apa yang enggan diberikan perhatian juga ialah hakikat bahawa adalah tidak rasional dan tidak adil untuk memaksa pelajar mengumpul merit semata-mata bagi mendapatkan bilik kolej yang sepatutnya menjadi prasyarat asas kepada proses pembelajaran. Penginapan bukan ganjaran prestasi, tetapi keperluan material minimum untuk mengakses pendidikan tinggi.


Analogi yang sesuai ialah gaji minimum: ia tidak diberikan berdasarkan prestasi cemerlang, tetapi dijamin tanpa syarat kerana ia diperlukan untuk kelangsungan hidup. Prestasi yang baik sepatutnya dihargai melalui bonus, bukan dengan mengancam atau menafikan gaji minimum. Begitu juga, merit boleh digunakan untuk memberi kelebihan tambahan, tetapi bukan untuk menentukan sama ada seseorang pelajar layak mempunyai tempat tinggal.


Krisis penginapan kini bukan berlaku secara semula jadi. Ia boleh dikatakan disengajakan. Ketika pihak pengurusan sedar bahawa kapasiti kolej semakin terhad dan jumlah pelajar semakin meningkat, mereka tetap juga memilih untuk menswastakan beberapa blok kolej kediaman (seperti yang berlaku di Kolej Keris Mas (KKM) di UKM), mengutamakan pelajar bukan secara keperluan, dan mengenakan kadar sewa mencekik darah bagi penginapan luar. Keputusan ini bukan sahaja mengurangkan akses pelajar, malah mengukuhkan lagi sifat komersial dalam pengurusan universiti.


“Penjanaan pendapatan” sering dijadikan justifikasi. Walau bagaimanapun, alasan ini rapuh. Terdapat pelbagai cara lain untuk universiti menjana dana tanpa membebankan mahasiswa miskin. Tambahan pula, sebuah universiti yang benar-benar kekurangan dana tidak akan membazirkan sumber terhad untuk pembinaan projek bersifat kosmetik seperti pintu gerbang mega. Persoalannya kini jelas: sama ada universiti sebenarnya tidak kekurangan dana, atau keutamaan kewangannya tersasar jauh daripada kebajikan pelajar.


Belum lagi kita menyentuh hakikat bahawa dalam keadaan kononnya “tiada duit,” universiti tetap terpalit dengan pelbagai skandal pengurusan dan ketirisan.


Dalam hal ini, kerajaan juga tidak boleh dilepaskan daripada tanggungjawab. Kegagalan berterusan kerajaan untuk mendanai universiti awam secara mencukupi memaksa institusi ini mencari sumber kewangan sendiri. Walaupun Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan bahawa universiti tidak seharusnya berniaga, realitinya kerajaan sendiri telah lama menggalakkan universiti bergerak seperti sebuah perniagaan, khususnya sejak era pentadbiran Najib Razak, apabila universiti didorong untuk “berdikari”, satu istilah euphemistik bagi penswastaan terselindung, dan mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan awam.  Negara mengekalkan kawalan politik, tetapi memindahkan beban kewangan kepada pelajar.


Mereka yang gagal melihat masalah dalam pendekatan ini jelas tidak memahami makna “awam” dalam universiti awam. Institusi awam sepatutnya dibiayai oleh dana awam, bukannya dipaksa beroperasi seperti syarikat swasta. Kita tidak menyuruh sekolah kebangsaan, hospital awam, atau balai bomba mencari keuntungan sendiri. Jadi mengapa universiti dilayan secara berbeza?


Lebih menyebalkan, universiti enggan merawat masalah yang dicipta olehnya sendiri ini dari akarnya. Sebaliknya, pelbagai inisiatif sementara yang tidak cekap diperkenalkan untuk kelihatan prihatin, seperti bantuan deposit rumah sewa yang tidak diperlukan sekiranya pelajar yang tidak mampu menyewa tidak ditendang keluar daripada kolej kediaman. Apa yang turut menjadi ironi merupakan hakikat bahawa penginapan luar milik UKM sendiri mengenakan kadar deposit sehingga melebihi RM2,000, malah ada yang melangkaui kadar pasaran. Bantuan deposit akhirnya hanya menampal luka, tanpa menghapuskan punca sebenar pendarahan.


Kewujudan sistem merit kolej secara reka bentuk pasti akan menyingkirkan pelajar daripada latar belakang miskin. Akibatnya, kos untuk kebajikan sekunder meningkat, misalnya melalui inisiatif seperti bakul makanan bagi pelajar yang terpaksa menyewa. Situasi ini bukan sahaja menunjukkan pengagihan dana awam yang tidak efisien, malah bertentangan dengan retorik universiti bahawa “tiada dana” tersedia. Sekiranya dana benar-benar terhad, sewajarnya sistem merit kolej dimansuhkan dan digantikan dengan sistem berasaskan keperluan, agar hanya pelajar yang mampu sahaja terpaksa menyewa di luar.


Kita akan lebih berasa jengkel apabila kita menyedari bahawa di bawah sistem sedia ada, pelajar miskin terpaksa bergelut dengan kadar sewa yang tinggi sehingga ada yang terpaksa mencatu makanan, manakala pelajar yang lebih berada menikmati subsidi bernilai ribuan ringgit tanpa kesukaran. Keadaan ini bukan sahaja menafikan prinsip keadilan sosial, malah jelas bertentangan dengan tujuan asas pendidikan tinggi awam, iaitu menyediakan akses yang saksama kepada ilmu pengetahuan tanpa mengira latar belakang ekonomi.


Isu penginapan pelajar bukan isu kecil atau sementara. Ia bukan masalah teknikal, tetapi masalah struktur dan dasar. Selagi universiti awam melihat pelajar sebagai sumber hasil, dan bukannya subjek kebajikan, selagi itulah krisis ini akan berulang. Jika UKM dan universiti awam lain benar-benar ingin mempertahankan makna “awam” dalam namanya, maka langkah pertama yang perlu diambil ialah menghentikan amalan menjadikan penginapan pelajar sebagai instrumen keuntungan.


Universiti awam tidak boleh menjadi arkitek kekurangan, benefisiari kekurangan, dan hakim ke atas mangsa kekurangan pada masa yang sama.


PELAJAR TAK NAK AMBIL PTPTN?

Sepanjang pengajian aku di universiti, ramai pensyarah yang mengeluh, “budak-budak sekarang tak nak ambil PTPTN sebab tak nak hutang.” Sekil...