Monday, 15 July 2024

KEISTIMEWAAN KOPI PUTIH IPOH

Hari ni aku nak sembang tentang sejenis kopi yang berasal dari tempat kelahiran aku iaitu Ipoh. Kopi yang dimaksudkan ialah kopi putih atau juga dikenali sebagai Ipoh white coffee.

Seperti namanya, kopi ini tercipta di Pekan Lama (Old Town) Ipoh, ibu negeri Perak. Kewujudan kopi ini menjadikan Ipoh dinamakan antara "bandar kopi" teratas oleh Lonely Planet. 

Cara Pembuatan

Apa bezanya kopi putih dan kopi lain? Untuk makluman, biji kopi putih terhasil daripada biji kopi yang dipanggang bersama dengan marjerin minyak sawit. Kopi yang dibru akan dihidangkan bersama dengan susu pekat manis. Penambahan susu menampakkan kopi lebih "keputihan" warnanya. Rasanya dikatakan agak "caramelised" kerana biji kopi dipanggang dengan marjerin. Kopi putih juga mempunyai sedikit buih di atasnya.

Kopi lain pula lazimnya dihasilkan dengan biji kopi yang dipanggang bersama dengan marjerin, gula dan gandum. Ketiadaan gula menjadikan kopi putih lebih cerah dari segi warna. 

Sejarah Kopi Putih Ipoh

Istilah kopi putih ini mula terbit pada awal kurun ke-20. Ia berlaku apabila pemilik rumah kopi Lian Thong di Ipoh, Perak memperkenalkan citarasa kopi yang unik dari rasa kopi yang dinikmati oleh orang Inggeris. Pada zaman itu, orang Inggeris gemar meminum kopi hitam, dan kopi yang dicipta di Ipoh ini dipanggil kopi putih dek warnanya yang berbeza dengan kopi hitam.

Rasa kopi yang kebiasaannya dinikmati oleh orang Inggeris pada ketika itu tidak begitu cocok dengan citarasa masyarakat tempatan, terutamanya kaum Melayu dan Cina. Orang tempatan sudah terbiasa dengan kopi tradisional masyarakat Melayu yang lebih beraroma dan pekat berbanding kopi hitam gaya Barat yang lebih asidik dan agak pahit.

Kelebihan Kopi Putih

Kopi putih turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Kandungan kafein kopi putih adalah lebih rendah berbanding dengan jenis kopi lain. Selain itu, kelembutannya juga disenangi oleh para penggemar kopi. Rasa kopi putih ini berbeza dengan resipi bancuhan gaya Barat seperti latte, flat white, dan cappuccino yang menggunakan pekatan espresso dan susu segar.

Tahukah Anda?

Baru-baru ini, kopi putih Ipoh telah diiktiraf sebagai antara kopi terbaik di dunia oleh TasteAtlas. Ia berada di kedudukan yang lebih atas berbanding dengan kopi dalgona. Ia turut mengatasi kopi luwak.

Kopi putih masih lagi disajikan dalam cawan kopi lama di persekitaran kopitiam lama. Ia juga enak digandingkan bersama dengan roti bakar telur goyang.

Sumber:


No comments:

Post a Comment

KENAPA PRODUK BOIKOT MASIH DIIKTIRAF HALAL?

Kita hidup dalam dunia di mana syarikat multinasional mengaut untung berbilion-bilion, sambil menindas rakyat dan menyokong rejim penjenayah...