Monday, 1 July 2024

TRIBUNAL ANTI-GANGGUAN SEKSUAL (TAGS)

Hai dan apa khabar, semua? Hari ni, saya nak berkongsi tentang sesuatu yang sangat dekat di hati saya, iaitu Tribunal Anti-gangguan Seksual (TAGS). Sebagai seorang yang pernah mengalami gangguan seksual, kewujudan tribunal ini adalah penting untuk diketahui oleh semua individu bagi membolehkan mereka mendapatkan keadilan yang sewajarnya apabila terkena gangguan seksual.

Tribunal Anti-gangguan Seksual atau lebih dikenali sebagai TAGS ialah suatu inisiatif dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

TAGS menyediakan saluran alternatif kepada mahkamah sivil untuk mengurus aduan gangguan seksual dengan cepat, mudah dan kos yang minimum. Hal ini membenarkan memperoleh tebus rugi atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang ditanggung olehnya dek kerana gangguan seksual yang dihadapi. 

Sebarang award akan dikeluarkan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pertama pendengaran, memberikan closure kepada mereka yang terlibat dengan lebih pantas dan terjamin. Jika mangsa hendak memfailkan saman sivil di mahkamah terhadap pelaku, akan memakan begitu banyak masa dan kos, terutamanya kos guaman.

Objektif tribunal ini adalah untuk mendengar dan mengadili kes gangguan seksual secara bebas, adil dan saksama.

Buat masa ini, mana-mana individu yang menghadapi gangguan seksual tanpa mengira jantina boleh memfailkan aduan mereka secara manual di kaunter TAGS di KPWKM, Putrajaya. Pengadu hanya perlu membayar fi berjumlah RM30 bagi tujuan ini. Aduan juga boleh difailkan secara pos bagi mereka yang menetap di luar Lembah Klang, dan pendengaran akan diadakan berhampiran mangsa¹.

Berita baiknya, sistem e-pemfailan sedang dibangunkan bagi membolehkan lebih ramai mangsa gangguan seksual yang berada di luar Putrajaya memfailkan aduan kepada tribunal. Sistem ini dijangka akan mulai beroperasi pada tahun 2025. 

Mangsa gangguan seksual juga disarankan supaya segera melaporkan kejadian tersebutkepada pihak polis. Selain itu, dapatkan rawatan di klinik kesihatan mahupun hospital, lebih-lebih lagi jika gangguan yang berlaku berbentuk fizikal.

Sumber: KPWKM

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KPWKM di sini. Boleh juga tonton video ini dan ini.

No comments:

Post a Comment

KENAPA PRODUK BOIKOT MASIH DIIKTIRAF HALAL?

Kita hidup dalam dunia di mana syarikat multinasional mengaut untung berbilion-bilion, sambil menindas rakyat dan menyokong rejim penjenayah...