GenAI merupakan sistem kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) yang direka cipta untuk menjana hasil baru yang berasaskan paten yang dipelajari dari data sedia ada, termasuklah teks, gambar, video, audio dan sebagainya.
1. Isu Hak Cipta
Model AI menjana hasil berdasarkan karya artis sedia ada (data terbuka) tanpa keizinan mereka, mewujudkan potensi pelanggaran hak cipta. AI tidak menghasilkan hasil dari scratch tetapi dilatih dengan menggunakan sumber dari karyawan manusia. Ini boleh dianggap sebagai mencuri atau dalam erti kata lain, plagiarisme.
2. Bias dan Stereotaip
Model AI mungkin menjana hasil yang bias atau menunjukkan stereotaip. Misalnya, imej berkaitan pekerja mungkin mengecualikan pekerja warga asing. Penggunaan AI bagi menghasilkan hasil berkaitan sejarah juga berisiko menghasilkan hasil yang tidak tepat dari segi sejarah. Perkara ini telah berlaku dengan pelbagai pihak menggunakan AI untuk memanipulasi sejarah.
3. Panas Mata Memandang
Hasil janaan AI kebanyakkannya mempunyai kecacatan yang jelas yang menyakitkan mata.
4. Pencerobohan Privasi
AI boleh menjana gambar individu tanpa kebenaran mereka. Keadaan ini telah berlaku kepada individu seperti Taylor Swift.
5. Kesan kepada Karyawan
Penggunaan hasil AI yang dianggap lebih murah berbanding mengupah karyawan akan menyebabkan kehilangan sumber pendapatan bagi golongan itu. Penggunaan hasil AI mencerminkan bahawa pihak berkenaan tidak menghargai artis dan berkira untuk mengupah mereka. Kesan ini tidak terhad kepada pelukis, malah juga turut menjejaskan karyawan lain seperti penulis, penyanyi, pengarah dan sebagainya dalam industri kreatif. Jika isunya ialah kos, bukankah wujud alternatif yang juga menjimatkan kos berbanding menggunakan AI?
6. Penggunaan Tenaga yang Banyak
Penggunaan AI memakan tenaga yang agak banyak, hanya untuk hasil yang tak seberapa. Hal ini turut menyumbang kepada kerosakan alam sekitar, pemanasan global dan perubahan iklim. Model AI juga menggunakan banyak air untuk sistem penyejukan yang merupakan sumber terhad kini, lebih-lebih lagi dengan suhu Bumi yang semakin meningkat.
7. Penggalakan Penggunaan Tidak Beretika
Dengan menggalakkan penggunaan hasil AI, ia turut mengalakkan penjanaan hasil yang tidak bertanggungjawab seperti hasil yang dijana untuk tujuan fitnah. Anwar Ibrahim merupakan antara mangsa penggunaan AI secara tidak beretika (deepfake). Penggunaan AI tidak sepatutnya digalakkan lebih-lebih lagi untuk menghasilkan produk siap dan bukannya sebagai alat bantu dalam proses pembikinan produk. AI juga boleh disalah gunakan ketika pilihan raya.
No comments:
Post a Comment