Friday, 27 December 2024

SEJARAH KESATUAN SISWAZAH ITM

Tahukah anda bahawa sebelum UiTM berada di bawah era gelap di mana para pelajar "diwakili" oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang tidak lain hanyalah tali barut pihak pengurusan, UiTM atau Institut Teknologi MARA (ITM) pernah memiliki suatu kesatuan mahasiswa? Kesatuan ini dipanggil Kesatuan Siswazah ITM. Ya, mahasiswa UiTM pernah diwakili oleh sebuah kesatuan mahasiswa yang tidak hanya proaktif memperjuangkan isu-isu mahasiswa, teyapi juga isu-isu nasional.

Sejarah kehebatan KSITM boleh dikesan sejak tahun 1970-an. Pada zaman ini, KSITM telah memainkan peranan yang signifikan dalam proses penaiktarafan ITM kepada sebuah universiti. Hal ini mengukuhkan lagi hujah bahawa sebuah kesatuan mahasiswa lebih efektif dalam membawa suara mahasiswa jika hendak dibandingkan dengan MPP.

Acapkali kita mendengar ungkapan bahawa demonstrasi itu bukan budaya kita. Ungkapan ini datang daripada pelbagai pihak, termasuklah pihak pro-pentadbiran yang sering menganggap demonstrasi sebagai cara yang salah dalam membawa suara mahasiswa.

Namun begitu, tahukah anda bahawa UiTM itu sendiri secara tidak langsung daripada demontrasi? Peristiwa pada tanggal 22 April 1974 ini bukan sahaja menggegarkan ITM, malah seluruh negara. Demonstrasi yang berlaku berlarutan sehingga seminggu dan melibatkan lebih 6 ribu mahasiswa. 

Pada ketika itu, mereka berarak menuju ke Parlimen. Setibanya mereka di sana, ada dalam kalangan mereka yang ditangkap. Terdapat juga beberapa individu yang dimasukkan ke dalam hospital. Yang lagi dahsyat, pelajar siap rampas kereta api. 

Mereka yang mengungkapkan bahawa demonstrasi bukan budaya kita jelas buta sejarah. Kendatipun begitu, kebutaan ramai terhadap sejarah ini sedikit sebanyak disumbangkan oleh sejarah ini yang cuba disembunyikan oleh pelbagai pihak.

No comments:

Post a Comment

KENAPA PRODUK BOIKOT MASIH DIIKTIRAF HALAL?

Kita hidup dalam dunia di mana syarikat multinasional mengaut untung berbilion-bilion, sambil menindas rakyat dan menyokong rejim penjenayah...