Thursday, 15 August 2024

HUJAH MENENTANG "BUDAYA" KAWAD KAKI

1. Tidak Bersesuaian dengan Cuaca Tempatan

Iklim tempatan tidak sesuai untuk aktiviti kawad kaki. Buktinya, terdapat banyak kes di mana mereka yang terlibat dalam aktiviti ini menjadi mangsa kepada cuaca panas, terutamanya kanak-kanak.

2. Tidak Mendisiplinkan 

Pejuang aktiviti ini lazim berhujah bahawa ia mempromosikan disiplin. Walau bagaimanapun, hal ini merupakan andaian semata-mata, tanpa bukti kukuh berasaskan kajian. Mereka yang terlibat dalam aktiviti ini juga ada antara mereka yang berperangai buruk. Wujud juga alternatif lain jika objektif yang ingin dicapai ialah "mendisiplinkan."

3. Tidak Selari dengan Fokus Akademik

Masa yang "terbazir " untuk aktiviti kawad kaki boleh digunakan untuk memantapkan prestasi akademik pelajar.

4. Pencabulan Autonomi Pelajar

Mewajibkan pelajar menyertai aktiviti kawad kaki mencabul autonomi mereka. Pelajar sewajarnya dibenarkan untuk memilih aktiviti kokurikulum yang ingin mereka sertai yang lebih selari dengan minat mereka.

5. Risiko Meminggirkan 

Aktiviti kawad kaki berisiko meminggirkan mereka yang mempunyai ketidakupayaan fizikal penyakit seperti asma.

6. Pembaziran Sumber

Menganjur dan mengurus aktiviti kawad kaki memerlukan sumber yang besar, termasuk masa, ruang dan penglibatan kakitangan. Sumber ini mungkin lebih baik diperuntukkan kepada perkhidmatan sokongan akademik, program kesejahteraan pelajar atau inisiatif pendidikan lain.

7. Aktiviti Alternatif 

Institusi pendidikan sewajarnya menawarkan pelbagai aktiviti ekstrakurikulum yang memenuhi minat dan keperluan yang pelbagai. Menekankan pelbagai aktiviti membolehkan pelajar melibatkan diri dalam perkara yang mereka minati, dan bukannya memberi tumpuan kepada satu jenis aktiviti sahaja.

8. Menambah Stres

Memaksa pelajar untuk menyertai aktiviti kawad kaki boleh menambahkan tekanan mereka, terutamanya jika mereka sedang mempunyai beban kerja akademik yang berat. Ini boleh memberi kesan negatif kepada keseluruhan kesejahteraan dan prestasi akademik mereka.

9. Manfaat yang Meragukan

Faedah kawad kaki, seperti disiplin dan kerja berpasukan, boleh dicapai melalui cara lain yang lebih sejajar dengan minat akademik dan kerjaya pelajar, seperti projek berkumpulan, latihan amali, atau program kepimpinan.






No comments:

Post a Comment