Tuesday, 5 November 2024

ORANG KAYA MASUK UiTM

Ya, lagi entri berkaitan UiTM. Topik kali ini tertumpu kepada isu orang kaya masuk UiTM yang kini panas semula. Isu ini bukan isu baru, malah sudah menjadi isu tahunan yang pada hemat aku, wajar untuk lebih kerap dibangkitkan.

Kalau tanya aku sama ada wajar atau tidak untuk orang kaya masuk UiTM, jawapan aku akan mengikut keadaan. Tidak wajar jika mereka masih menikmati subsidi tanpa dikenakan cukai yang tinggi. Wajar jika mereka perlu membayar yuran tanpa subsidi. 

Perlu diingatkan bahawa UiTM ini selain kononnya ditubuhkan khas buat Bumiputera, ia juga ditubuhkan untuk membantu masyarakat luar bandar, definisi "golongan kurang berkemampuan" pada ketika itu. Pelajar UiTM juga menikmati subsidi yuran pengajian yang jauh lebih tinggi daripada universiti awam lain. Oleh hal yang demikian, adalah wajar untuk berhujah bahawa universiti ini wajar ekslusif buat golongan kurang berkemampuan sahaja. Jika masih berkeras hendak menerima masuk golongan berkemampuan ke UiTM, mereka perlulah membayar yuran penuh tanpa subsidi. 

Aku ingin menempelak hipokrasi segelintir pihak yang menentang pendekatan ini, kononnya kerana golongan berkemampuan mempunyai merit. Perlu difahami bahawa mereka mempunyai merit kerana kelebihan yang ada. Mereka yang tidak diterima masuk pula tidak semestinya tidak mempunyai merit. Kadangkala, ketidakcukupan temoat menjadi faktor utama, yang antara lainnya berpunca daripada golongan berkemampuan yang mengambil tempat ini. Cakap pasal merit juga, aku tak dengar hujah ini semasa perdebatan untuk membuka UiTM kepada golongan bukan Bumiputera. Apa mereka ini tidak mempunyai merit? Ramai antara mereka jauh lebih berkelayakan sebenarnya.

No comments:

Post a Comment